Thursday, 12 December 2013

Masih Tak Sure :')

Assalammualaikum .... ada org dak nihh ? hoho ... lama aku tak timbul kt sini kan ? ada yang rindu aku dak ? *ada la kot noh ....  okey2 ... SPM pon dah habis .... dan cuti sekolah pon dah bermula ... tapi kali ini aku bercutii panjang ... haha *puas cuti kali ni .... besa laa last skolah form5 di SMKSP :D ... rindu kawan2 aku ... yang rapat selalu mai rumah :D *cenggini la sahabat :D ... hampa cuti ni dah kerja ka atau p vacation dengan family ? *tudiaa tanya banyak betoii ... hehe hobi aku sejak  kecikk lagi tanya banyak ... Dah banyak yang aku merapu di atas kan ... now aku nak start lah stoly tentang tittle tuu ... acceli aku dah break dah dengan ex aku * nama pun ex mesti la dah break kan ... nak kata lama tu bolehh la juga ... macam yang sedia maklum lah dulu aku couple dengan budak form4 kan .... tapi boleh gagah lah bertahan banyak bulan ... takdan nak sampaii setahunn .... break ... nak buat macam mana tidak kesampaiian . :')lepas breakk tu aku jarang online fb aku yg official tu ... haha *tak dak yg fake pon ... saja buat terokk #https://www.facebook.com/mukhryeezrelationshipwithhusna .... ok la tak apa lah benda dah lepaskan ... usah dikenang lagi ... aku dengan ex aku still lagi contact tapi jarang2 lah ... anggap dia adk ja lah sekarang ... kerana tiada ikatan cinta lagi *cewwahh ... haha .... setelah lama aku tak online fb kan ... so aku pon online lah ... saja suke2 ... dan terdetik pula hati aku nak cari fake relay di fb ... aku cuba lah scroll timeline aku ... last2 terjumpa status budak ni .... aku pon comment lah ... betul ka nak fake relay ni ?? dia balas yupp ... dia suruh aku hantar dekat dia aku pon hantar lah :) ... mudah nya aku jumpa fake relay .... hehe ... lepas dia comfirm .. aku pon mula lah hantar chat kt dia ... pada mulanya kami mcm blank tak tau nak chat apa ... *maklumlah baru nak berkenalann ... so tak pa lah kan ... lepas seminggu kenal ... dia bagi tau tok dia buka kedai makan dekat Laguna  ... dia jemput aku pergi ... aku pun dengan niat nak jumpa dia dan tengok face to face ... aku pon p lah dengan kawan2 ... p minum jadi arr ..... *kedai tu bukak malam .... lepas dah kenai2 bnyak hari dah ... dia ajak jumpa kat Pantai  Mauduitka *Pantai Merdeka .... katanya ada family day dia di sana ... aku pun p lah esok nya tu ... jumpa lah kami di sana ... rupa2 nya .. dia ni manja juga .... baru aku tauu ... ingat dia ni mcm yg garang or what ever la kan ... but not ... sometime ja dia garang ...sembang punya sembang ....sampai lah family day depa pun done ! ... aku pon balik lah .. tunggu sapa lagi kan ... dia pon nak balik dah ... dan sekarang aku dengan dia boleh la kata kan kerap juga text .... tapii text lewat lah ... pepagii nuhh baru text ... dia busy kerja di kedai makan tu .... aa .... dan juga sampai sekarang fake relay tu kekal ... dan ada kah ia berkemungkinan akan menjadi real ..... ntah la ... kalau real pun tak apa ... aku solo lagi ...tapi aku nak kenaii dia dulu perangai mcm  mana baru syiokk ... tak la aku gelojoh dalam mencari couple :D ...Sampaii takat ni ja kot  .... cerita aku .... huuuhuuuu ..... Assalammualaikum semua warga blogger :D


Tuesday, 6 August 2013

Gangster Paling Berbahaya Di Malaysia

Hiasan

Kongsi gelap merujuk kepada kumpulan jenayah yang dah tentunya tidak berdaftar disisi undang-undang.Kumpulan kongsi gelap biasanya terbabit dalam kegiatan haram, (tidak sah disisi-undang-undang), bagi membiayai kegiatan mereka. Biasanya kumpulan ini menjadikan perniagaan dadah, rompakan, ceti haram, perjudian haram, pelacuran, dan penjualan cakera padat cetak rompak sebagai aktiviti utama.


Antara ciri-ciri utama kongsi gelap adalah orang atasan (ketua) akan mencarikan atau menjalankan perniagaan haram yang mana akan diuruskan oleh orang2 bawahan. Orang atasan (ketua) berhak mengambil wang dari orang bawahan sendiri walaupun atas alasan apa sekali pun. Ini kerana Pihak atasan memberi perkerjaan dan punca pendapatan kepada ahli bawahan dan sebagai balasan ahli perlu berkorban untuk ketua dan kumpulannya.

Kegiatan kongsi gelap dikaitkan dengan kaum Cina, tetapi di Malaysia ia semakin menular ke dalam bangsa2 lain seperti India dan Melayu.

Kumpulan kongsi gelap di Malaysia bermula dengan kedatangan pelombong-pelombong bijih yang telah di bawa masuk dari Tanah Besar China oleh pihak Hindia Timur British. Pelombong-pelombong ini kebanyakkannya adalah pengikut2 setia "Tentera Merah" Dinasti Ming yang telah dijatuhkan oleh Dinasti Qing. 

Apabila berada di negara orang mereka lebih bersatu dan memastikan anak bangsa mereka meneruskan perjuangan mereka. Ketika itu dikenali dengan nama Hong Mun dengan kod angka 3821 mereka mengumpul ahli-ahli baru dan dana kewangan untuk membantu kumpulan mereka yang berada di China untuk menentang Dinasti Qing. Seiring dengan peredaran zaman kumpulan patriotik ini telah disalah gunakan oleh pemimpin2 baru yang inginkan kemewahan dan tamakkan kuasa maka ia berkembang menjadi kongsi gelap. Perebutan kuasa dan kawasan jajahan telah melahirkan pelbagai nama dan kod angka kumpulan seperti Tiga Maharaja, Tokong Lima Beradik, 13 Pedang, Naga Merah, 03,04,07,08,21,24,35,36,38,18,360,367,368,369 dan banyak lagi. Dipercayai juga beberapa kumpulan yang asalnya hanya di ketuai dan dianggotai oleh bangsa Cina telah diketuai dan dianggotai oleh bangsa2 lain seperti 08,18,24,30,35,36,360,77,99,313(pesima) dan lain-lain. Kumpulan kongsi gelap 35 mrupakan suatu kumpulan yang sangat aktif di kedah dan hanya dianggotai oleh orang India. Jadi, ia dianggap sebagai satu-satunya kumpulan kongsi gelap India.

Kumpulan-kumpulan kongsi gelap juga menjadikan lambang-lambang tertentu sebagai ikon kumpulan mereka seperti haiwan2 liar, mitos dan senjata api bagi melambangkan keganasan dan kekejaman mereka.

Sepertimana kongsi gelap lain di seluruh dunia, kongsi gelap Malaysia dipercayai menjadikan kongsi gelap di Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan sebagai contoh penubuhannya, menjalankan operasi dan tetap menjadikan Guan Yu/Kuan Yee (Dewa Perang) sebagai idola yang di puja-puja. Malah di dalam sumpah setia meraka mereka masih menggunakan pengakuan menjadi ahli "Tentera Merah".


Disini senarai- senarai kumpulan gangster yang di takuti didunia:

Aryan Brotherhood (America)




Mexican Zoot Ladies




Mara Salvatrucha 13 (Los Angeles)




Yakuza Family (Japan)



Chinese Triads (China)




La Eme (Mexico)




The Crips (African American)





The Mungiki (Kenyan)




La Nuestra (Mexican American)




Bosozoku Bikerz Gang (Japan)